TEMUDUGA GERAI STESEN TEKSI DAN KIOSK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA

Telah berlangsung sesi temuduga Gerai Stesen Teksi seramai 36 orang dan Kiosk Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia seramai 14 orang di Bilik Mesyuarat 2, Tingkat 5, Menara MPSPK jam 9.30 pagi ini.

Kedua-dua sesi temuduga dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK bersama panel Pengarah Jabatan Kesihatan Haji Ayob bin Din, PCK., Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon 18, Ustaz Mohamad bin Ismail dan Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon 6, Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halim.

Urusetia yang terlibat ialah Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Cik Natasya binti Ismail.

Skip to content