๐Ÿฌ๐Ÿฐ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ – Majlis Penutup Tadarus AL-Quran dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilftri kepada Warga Kerja dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bertempat di lobi MPKK.

YBhg. Datoโ€™ Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapan aluannya mengingatkan kepada semua anggota supaya merancang perjalanan pulang ke kampung agar dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus Al-Quran yang telah disampaikan oleh YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi Puspanita Daerah Kulim. Seramai 60 orang peserta telah berjaya mengkhatam Al-Quran dengan jayanya.

Yang dipertua MPKK menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 kepada Ahli Majlis seterusnya wakil bagi setiap jabatan.

Turut hadir Cik Amal binti Zubir, Puan Setiausaha MPKK, Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama Yang dipertua, Pengerusi Puspanita Daerah Kulim, Ahli Majlis serta anggota MPKK.

Klik link untuk gambar sekitar program

Skip to content