KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Terbuka kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK KOD BIDANG PENDAFTARAN
1. 61/2024
(KEJ)
Sebut Harga Bagi Membekal dan Menghantar Mesin dan Peralatan Kerja Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang

130101, 130102, 140102 atau 140502

Harga Dokumen :RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 28 April 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 12 Mei 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 25 April 2024

Skip to content