Lawatan Majlis Perbandaran Kubang Pasu Ke Bazaar Ceruq Seni Di Bandar Darulaman Jaya

25 April 2024 (Khamis) – Bazar Ceruq Seni merupakan lorong yang memperlihatkan pelbagai seni hasil lukisan pelukis yang memberikan komitmen yang tinggi bagi menyerikan lorong yang berpotensi menjadi tarikan penduduk di dalam mahupun di luar daerah Kubang Pasu.

Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu bersama Puan Mashitohk, Pengarah Jabatan Perlesenan dan Encik Khairodzee, Pengarah Jabatan Landskap turun menerima jemputan bagi merasmikan pembukaan Bazaar Ceruq Seni.

Seramai 23 orang vendor telah mengambil bahagian dan pelbagai barangan yang dijual seperti kopi, aiskrim, dessert, bundles, preloved items, aksesori, bunga segar dan pelbagai jenis makanan. Kedudukan Bazaar Ceruq Seni yang strategik dilihat berpotensi untuk menjadi tumpuan warga masyarakat yang inginkan kelainan. Diharap dengan adanya pembukaan Bazaar Ceruq Seni, Kubang Pasu akan lebih menjadi tumpuan destinasi singgah oleh orang luar dan dalam daerah Kubang Pasu.

Bazaar Ceruq Seni akan berlangsung bermula pada 25 April 2024 hingga 27 April 2024. Bazaar dibuka bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam.

Disertakan juga lokasi Bazaar Ceruq Seni :-

1. https://maps.app.goo.gl/tDdv6e18vH32oUgL6

aRaR.Coffeeshop

✨𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐔 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈-𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈. 𝐉𝐎𝐌 𝐏 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐔𝐐 𝐒𝐄𝐍𝐈 ✨

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content