25 April 2024 ( KHAMIS )

Riadah Santai ini diadakan di Taman Rekreasi di Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu bersama Majlis Daerah Bandar Baharu serta Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program dirasmikan Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu.

Gotong -Royong melibatkan beberapa kawasan iaitu kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam dan jalan masuk.

Turut hadir bersama ialah Setiausaha MDBB, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Penghulu-Penghulu Mukim, kakitangan dari Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu serta ahli Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu.

Skip to content