Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK Kedah) telah mengambil bahagian menyertai Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Utara bermula 3 Mei hingga 5 Mei 2024 yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

SUK Kedah mengambil inisiatif menyertai program tersebut dengan menyediakan Pavilion Kedah yang terdiri daripada kira-kira 22 jabatan dan agensi negeri serta persekutuan yang terdapat di Negeri Kedah.

Terdapat lima kluster yang dipamerkan oleh Pavilion Kedah yang terdiri daripada Kluster Pelancongan, Kluster Sejarah & Tamadun, Kluster Perindustrian, Kluster Pendidikan & Latihan serta Kluster Pertanian yang memberi fokus utama dalam menjayakan “Kedah 2035” dan “The Greater Kedah” selain Kluster Pelancongan yang diketengahkan dalam mempromosikan “Tahun Melawat Kedah 2025”.

Pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berbesar hati menyediakan hadiah cabutan bertuah utama kepada pengunjung yang hadir pada 3 dan 4 Mei ini berupa dua tiket penerbangan pergi dan balik flydubai dari Langkawi ke Dubai selain satu hadiah penginapan di Park Royal Hotel Langkawi bernilai RM1,000 dan satu hadiah penginapan di Aloft Hotel, Langkawi bernilai RM1,000.

Di samping itu, terdapat juga Webinar Bicara Sejarah Di Pavilion Kedah yang bertajuk ‘Rujukan Berkaliber Pelaburan Besi Sungai Batu dan Perkembangan Selanjutnya’ yang akan diadakan di reruai pameran Lembaga Muzium Negeri Kedah pada 4 Mei 2024 (Sabtu) 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Kepada bakal pengunjung Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara,

Tempat letak kereta di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang sudah hampir penuh. Sangat meriah suasana sekarang di tapak pesta!!!

Jadi, semua bakal pengunjung dinasihatkan untuk meletak kenderaan di Padang Kawad, USM dan menggunakan perkhidmatan bas pengantara yang disediakan.

Lokasi padang kawad usm

https://g.co/kgs/AGw4fjc

JOM!!! Jangan Lepaskan Peluang

Klik untuk gambar sekitar program

Kredit Gambar: WARTA KEDAH

Skip to content