Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Salurkan RM13 Juta Bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting,Jitra Kedah

6 Mei 2024 (Isnin) – YB KM, Menteri KPKT diiringi YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, KSU KPKT telah menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting, Jitra Kedah oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Ir.Ts. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Kedah, Tuan Badrulhisham bin Haji Sulaiman.

Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar ini bertujuan untuk mengurangkan kewujudan tapak pelupusan tidak sanitari selaras dengan pewartaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Pelaksanaan inisiatif bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting, Kedah ini telah berjaya disiapkan pada 1 September 2023 dengan kos keseluruhan berjumlah RM13 juta. Tapak ini merupakan tapak ke-175 yang dihentikan operasi dan telah ditutup pada 1 Januari 2019.

Menurut YB KM, โ€œKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui JPSPN komited melaksanakan Projek Inisiatif Hijau Pemuliharan Alam Sekitar menggunakan kaedah tutup selamat di lokasi ini. Oleh itu, penduduk tempatan kini boleh menarik nafas lega kerana masalah kacau ganggu pencemaran udara sekitar Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting, Jitra Kedah ini telah diselesaikan.โ€

Penutupan tapak pelupusan berkeluasan 13 ekar ini menggunakan kaedah tutup selamat yang terbaik berdasarkan garis panduan Landfill Safe Closure and Rehabilitation of MSW Landfill Sites yang dilkeluarkan oleh KPKT. Ia juga telah direka bentuk berkonsepkan simetrikal dengan ketinggian 38 meter di puncak dengan kerja penanaman rumput bagi mengindahkan tapak tersebut.

๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ : KPKT Malaysia

๐Ÿ–ฑ Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu

๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

๐Ÿ’ปFacebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content