IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Kedah Darul Aman yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
1) JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1 (KONTRAK TIDAK BERWARAN) – 1 KEKOSONGAN
2) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1 (KONTRAK) – 1 KEKOSONGAN
3) PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1 (TETAP) – 1 KEKOSONGAN
4) PEMBANTU KHIDMAT AM (PENGHANTAR NOTIS) GRED H1 (TETAP/KONTRAK) – 1 KEKOSONGAN
5) PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMBANTU AWAM) GRED H1 (KONTRAK) – 3 KEKOSONGAN
6) PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU KENDERAAN) GRED H1 (KONTRAK) – 2 KEKOSONGAN
Cara Memohon :-
a) Muat-turun borang, iklan dan syarat lantikan seperti pautan berikut :
b) Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Wakil Rakyat, mana-mana pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan I yang diberi kuasa / Penghulu / Pengerusi / JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan seperti berikut :-
i.Salinan Kad Pengenalan;
ii.Salinan Surat Beranak;
iii.Salinan Transkrip bagi sijil yang berkenaan; dan
iv.Sekeping gambar berukuran pasport.
c) Pegawai-Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 31.
d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui penyerahan di Kaunter Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang Kedah atau melalui serahan pos di mana nama jawatan dipohon hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :-
YANG DI PERTUA,
MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU,
09800 SERDANG,
KEDAH DARUL AMAN.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat)
SEBELUM ATAU PADA : 04 MEI 2026
e)Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya :
Borang Permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;
Tidak memenuhi syarat iklan; dan
Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.
Catatan Am :-
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan di panggil untuk ditemuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan adalah di anggap sebagai tidak berjaya.
c) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
Sekian, harap maklum.
Terima kasih.