07 Mei 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2024 bertempat di Dewan Bandaran, Kulim. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran para pemenang Cukai Taksiran,Tetamu Kehormat, Jemputan Ahli-ahli Majlis, Rakan Strategik Media serta agensi Kerajaan dan Swasta.

Majlis dimulakan dengan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran, Kempen Bayar Online dan Menang tahun 2024. Hadiah keseluruhan berjumlah RM 120,000.00 disediakan bagi menghargai para pembayar Cukai Taksiran MPKK pada tahun ini. Hadiah yang ditawarkan MPKK adalah untuk 47 orang pemenang yang disenarai selepas cabutan awal pra cabutan bertuah dijalankan pada 27 Mac 2024 yang lalu secara “Live” di saluran Facebook Page rasmi Majlis Perbandaran Kulim.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapan aluannya menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen serta tanggungjawab kepada pembayar cukai taksiran. Kutipan hasil cukai taksiran diperlukan untuk penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana serta pembersihan.

Katanya lagi, kaedah pembayaran cukai taksiran pada masa lalu yang dibuat melalui pembayaran di kaunter kini lebih mudah dengan adanya kaedah secara digital, membolehkan pelanggan membuat pembayaran terus hanya menggunakan telefon bimbit, walau dimana jua berada. Kempen pembayaran cukai taksiran ini penting bagi memastikan tahap kehidupan, tahap infrastruktur di Kulim boleh dinaik taraf secara berperingkat. Di samping itu, sebarang cadangan, saranan daripada penduduk untuk menambah baik perkhidmatan MPKK amatlah dialu-alukan demi pembangunan kawasan Kulim.

Berikut merupakan senarai Pemenang Cukai Taksiran MPKK 2024 :

SENARAI PEMENANG:

HADIAH UTAMA RM20,000

NOORHAYARTI BINTI AHMAD

HADIAH KEDUA RM10,000 x 2

• TAN KHA CHOO

• KHOO LOOK MOY

HADIAH KETIGA RM5,000 x 4

• SUTHA A/P SHANMUGIAHA

• MUHAMMAD ASYRAF BIN WAHAB

• CHONG TOONG WENG & TANG GAIK BOEY

• HASRUL HUSAINI BIN ISMAIL

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati!!

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content