PENGENALAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi – agensi negeri dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan realistik mengikut kemampuan serta memfokuskan kepada kepentingan rakyat.

Penyediaan Blueprint ini adalah selaras dengan hasrat negara dalam mencapai aspirasi Negara Pintar (Smart Nation) pada tahun 2040 serta merupakan salah satu Bidang Fokus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu “Memperkukuh agenda bandar pintar ke arah perbandaran baharu”. Penyediaan  Blueprint  ini juga adalah satu pendekatan baharu di dalam pengurusan bandar bagi bandar-bandar di Negeri Kedah di dalam menangani cabaran perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup ke arah mencapai manifestasi negeri sebagai sebuah Negeri Pintar (Smart State).

Sehubungan itu, borang kaji selidik ini diedarkan untuk diisi oleh penduduk khususnya Negeri Kedah Darul Aman sebagai usaha untuk mendapatkan pandangan awal penduduk terhadap Agenda Bandar Pintar Negeri Kedah

Kaji Selidik ini terbahagi kepada lima (5) bahagian iaitu:

  • Bahagian A – Maklumat Am Responden
  • Bahagian B – Isu &  Cabaran Perbandaran
  • Bahagian C – Ciri-Ciri Bandar / Daerah & Tahap Kepuasan Perkhidmatan Perbandaran
  • Bahagian D – Ketersediaan Penduduk / Orang Awam Berkaitan Teknologi & Infrastruktur Komunikasi
  • Bahagian E – Pandangan Terhadap Bandar Pintar (Smart City)

Kerjasama YM. Dato’/YBhg. Dato’ Seri/Tan Sri/Datuk/Dato’/Puan Sri/Datin Seri/Datin/YB/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk melengkapkan semua butiran kaji selidik ini. Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.

Pautan Google Form : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSceCwx-x8xl1Lk-fidSZdwMwrqGVUZdJ0uAXKMEdqRXteQTPA/viewform

Terima Kasih di atas maklum balas yang diberikan.

Skip to content