NOTIS PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA PENIAGA PASAR MALAM BERAGAMA ISLAM DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) NEGERI KEDAH DARUL AMAN YANG TELAH BERSIDANG PADA 21 FEBRUARI 2024 TELAH MEMUTUSKAN :-

1. AKTIVITI PERNIAGAAN PASAR MALAM PERLU DIBERHENTIKAN SEKETIKA SEMASA WAKTU MAGHRIB ( SELAMA 10 MINIT SEBELUM WAKTU MAGHRIB DAN 10 MINIT – 15 MINIT SELEPAS WAKTU MAGHRIB ) UNTUK MEMBERI LALUAN DAN KESELESAAN KEPADA PENIAGA/PEKERJA/PENGUNJUNG UNTUK MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB DALAM TEMPOH TERSEBUT.

2. ARAHAN INI DIKECUALIKAN KEPADA PENIAGA BUKAN BERAGAMA ISLAM.

3. SOLAT MAGHRIB BOLEH DILAKSANAKAN :-
i. Di masjid/surau berdekatan.
ii. Diaturkan atas inisiatif pihak penganjur dikawasan tersebut.
iii. Mana-mana tapak kawasan yang dirasakan sesuai oleh para peniaga.

4. ARAHAN INI BERKUATKUASA MULAI 01 MEI 2024 DI SELURUH DAERAH KUBANG PASU.

‼️ARAHAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU‼️

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content