πŸπŸ” πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ (πŠπ‡π€πŒπˆπ’)

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘ππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π˜π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

Majlis Daerah Yan telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana sempena tahun melawat Kedah pada tahun 2025 bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan daerah yang bersih dan indah. Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran oleh peserta seramai 500 orang di dataran kaki Gunung Jerai.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah dan turut bersama-sama menghadiri program ini adalah YB Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, YB Tuan Haji Abd Ghaffar bin Saad, YB Senator Ustaz Musoddak bin Haji Ahmad, YB Ustaz Sabri bin Azit, Puan Maznim binti Ismail, Encik Akmal bin Azimi, Ahli-Ahli Majlis MDY, Ketua-Ketua Jabatan Daerah dan para penduduk.

Gotong royong ini melibatkan semua jabatan / agensi / Kerajaan / swasta / NGO / parti politik / peniaga / penduduk dalam daerah Yan dan pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti berikut:

– Pembersihan kawasan Gunung Jerai dan Terusan Wan Mat Saman
– Aktiviti Mewarna
– Kitar semula β€œTrash to Cash”
– Pertandingan Kutipan Sampah
– Pameran Booth
– Cabutan Bertuah

Pelantikan pasukan Hero Pembersihan Daerah Yan turut dilaksanakan yang berperanan untuk menjaga kebersihan, mendidik masyarakat dan akan membantu dalam setiap aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan secara berterusan di kawasan kampung/ taman perumahan oleh setiap Pengerusi Majlis Ketua Kampung.

Kerjasama dari pelbagai pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja yang telah menyumbang hadiah cabutan bertuah. Diharapkan dengan usaha ini dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah di daerah Yan.

Skip to content