KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKILAT / LAWATAN TAPAK
1. 77/2024
(KEJ)
Membina baru 30 unit kiosk di YOUTH TOWN, Bandar Amanjaya, MP Sungai Petani Berdaftar dengan CIDB
Gred G3 kategori B pengkhususan B04

Tempat
Aras G, Laluan Auditorium, Menara MPSPK

Masa
11.00 pagi

Tarikh
19 Mei 2024

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 19 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (Wakil Dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh lembaga pembangunan industri pembinaan malaysia (LPIPM) (CIDB), serta sijil taraf bumiputera yang dikeluarkan oleh pusat khidmat kontraktor (PKK)

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 26 Mei 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 15 Mei 2024

Skip to content