KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di Daerah Kuala Muda, Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKILAT / LAWATAN TAPAK
1. 75/2024
(KEJ)
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF PASAR AWAM JALAN KUALA KETIL, MP SUNGAI PETANI
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 ATAU B24

TEMPAT :
ARAS G, LALUAN AUDITORIUM, MENARA MPSPK

MASA :
10.00 PAGI ( TAKLIMAT DI WAJIBKAN)

TARIKH :
19 MEI 2024

2. 76/2024
(KEJ)
MEMBINA BARU 10 UNIT KIOSK DI PANTAI MERDEKA, KOTA KUALA MUDA, MP SUNGAI PETANI
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 ATAU B24

TEMPAT :
ARAS G, LALUAN AUDITORIUM, MENARA MPSPK

MASA :
10.30 PAGI ( TAKLIMAT DI WAJIBKAN)

TARIKH :
19 MEI 2024

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan ( Seksyen Perolehan) mulai 19 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 26 Mei 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 15 Mei 2024

Skip to content