LAWATAN KERJA KE JABATAN PERANCANGAN DAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN KULIM, KEDAH (MPKK)

Pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) melalui Jabatan Perancangan Bandar, MPSPK telah mengadakan kunjungan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) pada 15 MEI 2024 (RABU).

Lawatan kerja tersebut diwakili oleh Jabatan Perancangan Bandar iaitu Encik Hafisol bin Abu Bakar (Ketua Bahagian Rancangan Pemajuan & Pembangunan Mampan), dan Encik Mohd Hasrun bin Abdul Halim (Ketua Bahagian Pemetaan GIS & Perancangan Tanah) serta staff Jabatan Perancangan Bandar, MPSPK.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mempertingkatkan dan menambahbaik sistem GIS, MPSPK (GEOESPi) sedia ada serta mewujudkan pangkalan data bersepadu dalam mengaplikasikan penggunaan GIS sepertimana yang terdapat di MPKK iaitu KIDS (Kulim Integrated Database System).

Sesi perkongsian maklumat berkaitan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap sendiri iaitu TPr Haji Hamzah bin Ab Halim, AMN., BCK., PJK., Encik Mohd Faizul bin Abd. Rahman, Ketua Unit MyMudah serta Penyelaras Sistem KIDS iaitu Encik Khairil bin Ab Jalil.

Oleh itu, pihak MPSPK mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada MPKK di atas kerjasama yang diberi di atas kunjungan lawatan kerja ini.

Skip to content