Setelah segala daya dan usaha yang dilakukan selama ini dalam membangunkan Stadium Kulim.

Kini, Stadium Kulim telah dilengkapi dengan lampu limpah baharu yang menerangi segenap penjuru Stadium Kulim.

Khas buat peminat bola sepak serta penduduk Kulim sebagai tempat riadah sekeluarga sambil menikmati suasana malam.

Perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada 26 Mei 2024, Ahad jam 9 malam ini sempena pembukaan semula Stadium Kulim.

Juga merupakan perasmian pembukaan bermain bola sepak pada waktu malam yang sekian lama dinanti-nantikan oleh seluruh pencinta bola sepak daerah Kulim

Jom beramai-ramai datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Nantikan penampilan khas beberapa Pemain terkemuka Asia Tenggara yang pastinya akan memeriahkan lagi Perlawanan Sumbangsih Pilihan Dato’ Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim dan Pilihan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim.

#stadiumKulim

#mainbolamalam

#majlisperbandarankulim

Skip to content