“KE ARAH KEDAH BERSIH” PROGRAM GOTONG ROYONG DAN LIBAT URUS AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BERSAMA KOMUNITI ZON 14 ANAK BUKIT - TITI GAJAH
26 Mei 2024, Alor Setar – Program Gotong Royong dan Libat Urus di Taman Mas Merah, Titi Gajah, Alor Setar, yang telah dilaksanakan pagi tadi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar bersama Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 14 (Anak Bukit), En. Shahrul Anuar bin Haron dengan Kerjasama E-Idaman, SWCorp serta komuniti penduduk setempat.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud diiringi Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi dan ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak. Turut hadir Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasraskamil bin Noh; Timbalan Setiausaha MBAS, En. Jusrianuar bin Jamarudin, Ahli-ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah MBAS serta semua kakitangan terlibat.
Datuk Bandar dalam ucapannya berkata, pihak MBAS telah memutuskan bahawa untuk memastikan setiap Zon di kawasan-kawasan Ahli Majlis lantikan politik MBAS ini sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bersih. Selain itu, ianya juga sebagai salah satu inisiatif MBAS untuk menyokong kempen kerajaan negeri untuk ke arah Kedah Bersih.
Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk dijaga dan menyeru agar penduduk Alor Setar untuk bersama menjaga kebersihan bandar ini dan menghindari bandar ini dari pencemaran sampah sarap serta bahan buangan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'