KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
BIL. | NO. SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN |
1. | 8/2024 LR |
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ANAK DAN BENIH POKOK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN |
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 070201 – (TANAMAN/BAKA/ BENIH SEMAIAN) |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan ( Seksyen Perolehan) mulai 27 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal dikehendaki membawa Cop Syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal Yang Dikeluarkan Oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 2 JUN 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 26 Mei 2024