PROGRAM KARNIVAL SOSIAL KOMUNITI BERSAMA PENDUDUK DARULAMAN PERDANA

Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, hadir merasmikan Program Karnival Sosial Komuniti Bersama Penduduk yang diadakan di Darulaman Perdana.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung. MPSPK turut tidak ketinggalan membuka kaunter pembayaran cukai pintu, kaunter aduan, kaunter penilaian (pertukaran pemilik) dan kaunter bangunan (tambahan dan pindaan rumah).

Sesi mini ‘town hall’ turut diadakan dengan kehadiran Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan wargakerja MPSPK bagi memberikan maklumbalas kepada penduduk. Syabas kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.

Skip to content