2 JUN 2024 – Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 telah diadakan bertempat di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yayasan Strategik Lestari.

Pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) turut memberi sokongan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Kawasan (Area Officer) dan juga anggota MPKK. Turut hadir Tuan Haji Zaidi bin Zainun, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKK. Penglibatan daripada pihak MPKK ini adalah untuk bersama-sama mengembleng tenaga dan gerak kerja bagi melaksanakan aktiviti pembersihan di kawasan sekitar Pantai Kuala Muda dan Pulau Sayak.

Program Sambutan Hari Alam Sekitar ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk menyuntik kesedaran dan mendidik masyarakat dan juga pelbagai pihak sebagai usaha pemeliharaan alam sekitar demi kelestarian alam untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Negeri Kedah.

#MajlisPerbandaranKulim

#HariAlamSekitarNegeriKedah2024

Skip to content