KEJOHANAN GOLF JEMPUTAN MPSPK 2024

Kejohanan Golf Jemputan MPSPK 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Cinta Sayang Golf Club. Kejohanan Golf kali ini antaranya sebagai salah satu inisiatif dalam mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025 dengan memberikan peluang kepada penyertaan peserta dari luar Kedah iaitu dari beberapa Pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan dan swasta dari seluruh Malaysia.

Antara tetamu jemputan yang hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS., AMK., BCK, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah YBhg. Dato’ Haji Muhammad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Pegawai Daerah Kuala Muda YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK, Pengarah-Pegarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan warga kerja MPSPK.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan para peserta. Sekalung tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dr. Mohd Amin Bin Ali., AMK., BKM., Encik Mohd Farid bin Ismail, Cik Farzana binti Dato’ Haji Nordin dan seluruh warga kerja Jabatan Pembangunan serta Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan warga kerja MPSPK yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan program berjalan dengan lancar.

Skip to content