SEMINAR DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN INISIATIF PENAMBAHBAIKAN OSC 3.0 PLUS BAGI ZON UTARA – PROSES DAN PROSEDUR PELAN PEMAJUAN

DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN !
TERHAD KEPADA 150 PESERTA SAHAJA !

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil inisiatif menambahbaik dan mengukuhkan kecekapan proses dan prosedur kelulusan pelan pemajuan bagi OSC 3.0 Plus bagi tujuan menambahbaik kelancaran urusan perniagaan (ease of doing business) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Inisiatif baharu ini merangkumi tiga proses dan prosedur kelulusan pelan pemajuan iaitu Industrial Green Lane (IGL), Prerequisite (PR) dan Self Regulation (SR). Melalui inisiatif ini, permohonan pelan pemajuan akan dikelaskan dan diproses mengikut kriteria yang ditetapkan melalui tatacara khas dan seterusnya dapat memendekkan tempoh kelulusan pelan-pelan pemajuan.

Justeru, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT akan menganjurkan Seminar Dan Taklimat Pelaksanaan Inisiatif Penambahbaikan OSC 3.0 Plus Bagi Zon Utara yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Jun 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Banquet, Aras 6, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Seminar ini memberi fokus kepada kumpulan sasaran yang terlibat iaitu perunding-perunding profesional yang terdiri daripada Perancang Bandar, Arkitek, Jurutera, Juruukur Tanah, Pelukis Pelan, pemaju-pemaju swasta dan pihak berkepentingan lain sebagai pemain industri utama dalam proses perancangan, pembangunan serta pemajuan di PBT secara amnya.

Program ini juga melibatkan tiga pembentangan Kertas Kerja dan Sesi Teach In Sistem OSC 3.0 Plus Online:
o Kertas Kerja 1: Industrial Green Lane (IGL)
o Kertas Kerja 2: Prerequisite (PR)
o Kertas Kerja 3: Self Regulation (SR)
o Sesi Teach In Sistem OSC 3.0 Plus Online bagi inisiatif baharu

YURAN PENDAFTARAN:

Early Bird (Sehingga 16 Jun 2024)

  • Seorang : RM150.00
  • Berkumpulan (3 Orang) : RM400.00

Regular Registration (17 – 23 Jun 2024)

  • Seorang : RM200.00
  • Berkumpulan (3 Orang) : RM550.00

PAUTAN PENDAFTARAN:
https://forms.gle/FNh1657Sknqyc8QJ8

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program ini, boleh berhubung terus:

Bahagian OSC:
04-429 6616
En. Muhammad Najmi bin Abu Bakar:
013-532 2504
En. Mohd Faizal bin Ishak:
019-574 3123

JOM DAFTAR SEKARANG!!
TERHAD KEPADA 1️50 PESERTA SAHAJA

Skip to content