23 Jun 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima kunjungan hormat lawatan kerja daripada delegasi China Association of Environmental Protection Industry (CAEPI).
Delegasi lawatan daripada CAEPI yang diketuai oleh Mr. Gou Cheng Zhen, President of China Association of Environmental Protection Industry (CAEPI) juga terdiri daripada beberapa perwakilan syarikat daripada China seperti:-
- Anhui Landun Photoelectron Co., Ltd.
- Hebei Saimosen Environmental Technology Co. Ltd.
- Jiangsu Sujing Environment Engineering Co. Ltd.
- Huanhong Water Group Co. Ltd.
- BeiWei Environmental Technology (Shanghai) Co., Ltd.
- Nanjing Analytical Instrument Factory Co., Ltd.
- Wuhan City Environment Protection Engineering (M) Sdn. Bhd. (CCEPC)
- Beijing Enterprises Environmental Protection Equipment Guangdong Co. Ltd.
- Xin Sheng Environment (M) Sdn. Bhd.
- Greenova Co. Ltd.
- Kulim Chinese Hall President and Team
Tujuan lawatan bagi delegasi ini adalah untuk mengenal pasti potensi pembangunan industri di Kulim khasnya untuk melihat kaedah dan amalan baik dalam menyeimbangkan pembangunan industri dengan amalan, peraturan yang selaras dengan pembangunan dan inisiatif teknologi hijau demi pemeliharaan alam sekitar.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dan berbalas ucapan oleh Mr. Gou Cheng Zhen.
Taklimat pembangunan industri untuk potensi perancangan pemajuan di kawasan Kulim Industrial Corridor (KIC) telah disampaikan oleh TPr. Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK manakala taklimat berkaitan mengintegrasikan antara pengurusan alam sekitar dan pengoperasian perniagaan/ industri di kulim Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK.