23 Jun 2024 – Majlis Perasmian Karnival Kemeriahan Komuniti Kulim 2024 telah berlangsung penuh meriah di Taman Tasik Putra, Kulim.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Wong Chia Zhen, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta NGO Negeri Kedah Darul Aman juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kulim.

YB Tuan Wong Chia Zhen dalam ucapannya “Saya berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa- masa akan datang demi mengekalkan kesejahteraan dan hubungan yang harmoni khasnya dalam kalangan masyarakat umum tidak mengira latar belakang umur, agama dan bangsa.”

Majlis Perasmian ini telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; YB Khairul Anuar bin Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri – Lunas; Encik Abdul Halim bin Hassan, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim; Cik Amal binti Zubir, Setiausaha MPKK; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK dan Tuan Haji Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim Ahli Majlis Zon 3. Turut hadir rakan-rakan strategik di kalangan agensi dan rakan-rakan media serta warga penduduk yang turut hadir.

Pelbagai acara / pertandingan bersama komuniti setempat telah diadakan seperti sepak penalti, street soccer, sepak raga tuju, boling buah nyoq, memanah, e-sport untuk golongan belia, pertandingan memasak, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta fun ride yang diadakan pada malam tadi.

Selain itu, penyertaan pameran daripada agensi kerajaan, NGO dan swasta iaitu daripada PDRM, BOMBA, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertanian Daerah Kulim, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Tabung Haji, SWCorp, PERKESO, Kulim Smart Parking (KSP), Adtec Kulim, Politeknik Kulim seterusnya pelbagai lagi agensi yang turut serta seperti pihak bank dan NGO.

Karnival ini merupakan satu platform untuk membina jaringan hubungan dan interaksi antara agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, komuniti setempat dan orang awam. Di samping mengasah bakat masyarakat dalam aktiviti sukan yang dipertandingkan, memberi peluang kepada masyarakat mengisi masa lapang bersama keluarga dengan acara-acara sukan yang diadakan, serta mengetengahkan sukan-sukan rakyat untuk penglibatan masyarakat melalui pelbagai peringkat golongan.

Terima kasih kepada jabatan dan agensi yang terlibat serta semua komuniti yang hadir memberi sokongan untuk Karnival Kemeriahan Komuniti Kulim 2024 !!

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content