25 Jun 2024 – Majlis Pendengaran Awam dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2035 telah diadakan bertempat di Dewan Alamanda, Kulim Inn.

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Publisiti Awam / Seranta bagi Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2035 (Pengubahan 5) pada 18 April 2024 – 19 Mei 2024 bertempat di perkarangan lobi pejabat Majlis Perbandaran Kulim dan juga pejabat Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech.

Jumlah pengunjung yang hadir semasa program publisiti ini adalah seramai 3-5 orang dan tiada bantahan dan cadangan direkodkan sepanjang tempoh publisiti dilaksanakan.

Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman. Turun hadir bersama YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK

Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran yang turut serta adalah Puan Noor Faizah binti Talib (Jurutera Kanan JKR); Ir. Shardani Bin Salleh (Timbalan Pengarah JPS); Encik Zainurddin bin Jamaluddin (Timbalan Pengarah Perhutanan); Encik Mohd Zahir bin Amdan (Penolong Pengarah PLANMalaysia Kedah).

Puan Uzwana Mahmud, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan membentangkan Pengubahan 5, Rancangan Tempatan Daerah Kulim yang melibatkan 4 kawasan pengubahan manakala En Hafisol Abu Bakar, Ketua Unit Rancangan Pemajuan MPSpk, selaku Pembentang bagi Pengubahan 5 dan 6, Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda.

Mesyuarat berjalan lancar, kelulusan diperolehi dan Pengubahan ini akan diangkat untuk pemakluman semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Darul Aman Bil 3/2024 yang akan datang.

Klik gambar untuk sekitar program

Skip to content