25 Jun 2024 – Penglibatan Majlis Perbandaran Kulim dalam program rakan strategik iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Kulim (PKD Kulim) bersama-sama penduduk setempat untuk gerak kerja Program Gotong-Royong Mega di Taman Kenari, Kulim.

Antara agensi-agensi yang turut terlibat ialah Pejabat Daerah, SWCorp, E-Idaman Sdn. Bhd., wakil Pejabat ADUN Kulim, Ahli Majlis, PDRM, RELA, APM, JKR, Maahad Ibnu Sina, Pejabat Agama, NGO JITU, Jabatan Perpaduan, KRT Taman Kenari dan Jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Taman Kenari.

Tujuan gotong-royong mega diadakan bertujuan untuk membendung wabak denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan.

Penduduk mempunyai peranan penting untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

TIADA AEDES, TIADA DENGGI

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content