Mesyuarat tersebut diadakan secara bersemuka dan dipengerusikan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., selaku Yang Dipertua MDBB bermula jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 05 Tahun 2024 yang diadakan pada 27 Mei 2024.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Mei 2024.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian/Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content