04 Julai 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan gotong royong di Medan Citarasa, Kulim.

Gotong royong diadakan di antara pihak MPKK dan pihak peniaga di Medan Citarasa, Kulim. Tujuan gotong royong ini diadakan bagi kerja-kerja pembersihan untuk keselesaan para pengunjung.

Antara yang turut terlibat ialah Tuan Haji Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim, Ahli Majlis Zon 03; Ts. Rozita binti Awang, Area Officer Zon 03; PMgr. Sr. Fauziah binti Abdul Mutalib, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKK; anggota Bahagian Pengurusan Harta dan Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK serta pihak peniaga Medan Citarasa, Kulim.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan gotong royong ini. Ayuh! Bersama kita menjaga kebersihan demi keselesaan dan keharmonian bersama.

Skip to content