KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 7/2024
LR
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERALATAN SENAMAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

KOD BIDANG PERKHIDMATAN

080101

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga Dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah mulai 4 Julai 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akaun Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 10 JULAI 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga Dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 4 Julai 2024

Skip to content