TEMUDUGA GERAI MAJLIS LAMAN SELERA TAMAN KELADI DAN ARKED BANDAR PUTERI JAYA

Dua sesi temuduga bagi Laman Selera dan Arked MPSPK telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2 Tingkat 5 Menara MPSPK pada pagi ini. Sesi Temuduga Laman Selera Taman Keladi telah dihadiri oleh 17 orang peniaga manakala bagi Arked Bandar Puteri Jaya, telah dihadiri oleh 8 orang peniaga.

Sesi Temuduga dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK. bersama panel Ahli Majlis Zon 6 Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halim, Ahli Majlis Zon 18 Ustaz Mohamad bin Ismail dan Pengarah Jabatan Kesihatan Haji Ayob bin Din, PCK,

Urusetia yang terlibat Pengarah Jabatan Pengurusan dan Penilaian Harta Cik Natasya Binti Ismail dan Mohd Zamzuri Bin Ishak.

Skip to content