MAJLIS DIALOG MPSPK BERSAMA PEMIMPIN PERSATUAN KOMUNITI CINA SUNGAI PETANI

Yang Dipertua, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, AMK.,AMN.,BCK bersama Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK telah hadir ke majlis dialog tersebut yang diadakan di Dewan Pertubuhan Lee Sih Chon Soo Kedah Tengah, Pekan Lama Sungai Petani.

Tujuan dialog tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan dua hala, berkongsi penambahbaikan dan mendapatkan idea-idea luar biasa daripada penduduk setempat bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian semua lapisan masyarakat selari dengan visi MPSPK Sungai Petani Perbandaran Mampan dan Dinamik.

Sekalung tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada Presiden Dewan Perhimpunan Kedah, Dato’ Cheng Lai Hock, Pengerusi Gabungan Persatuan Orang-Orang Cina, Encik Yeoh Kim Hock serta Pengerusi Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah Tengah Encik Lee Mern Hau atas kesudian menganjurkan majlis seumpama ini.

Skip to content