21 Julai 2024 – Program pertandingan memasak bubur asyura sempena Maal Hijrah 1446H – ukhwah bersama MPKK telah diadakan di Stadium Kulim.

Program ini diadakan adalah bagi mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara warga Majlis Perbandaran Kulim bersama komuniti penduduk melalui perantara Ahli-Ahli Majlis kawasan zon masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan memasak bubur asyura sempena Maal Hijrah 1446H sebanyak 20 kawah melibatkan penyertaan 18 zon Ahli Majlis dan komuniti penduduk, Kelab Sukan dan Puspanita, perarakan Maal Hijrah, pertandingan mewarna kanak-kanak bertemakan Maal Hijrah, persembahan nasyid.

Dalam ucapan YBhg. Dato’ Yang Dipertua berkata “pada zaman dahulu kala, acara seperti ini sering dilaksanakan di kampung, namun, pelaksanaan secara bergotong-royong boleh disemarakan bersama penduduk Taman perumahan melalui program umpama seperti ini melalui Ahli-ahli Majlis, justeru dpt menghimpunkan jawatankuasa masing-masing untuk bersama mengacau bubur asyura. Semoga budaya ini dapat diteruskan, untuk membina ukhwah dikalangan semua pihak dan memerlukan kerjasama yang jitu”.

Penyampaian hadiah dan saguhati kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK diiringi Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kulim; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK.

Turut hadir, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmi Kemiskinan dan Jawatankuasa Pembangunan Insan yang juga merupakan ADUN Merbau Pulas dan YB Dato’ Azman bin Nasrudin, Ahli Parlimen Padang Serai serta YB Tuan Khairul Anuar bin Ramli, ADUN Lunas.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat serta semua komuniti yang hadir dalam menjayakan program sempena Maal Hijrah – ukhwah bersama MPKK!!

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content