Kempen Tandas Awam Bersih 2024 telah dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). MPKK telah dipilih oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan kempen ini yang akan berlangsung daripada 1 Mei 2024 hingga 31 Julai 2024.

Tujuan penganjuran kempen ini adalah sebagai usaha kerajaan untuk mempromosikan budaya penjagaan tandas yang bersih, selamat dan selesa dan mewujudkan tandas awam yang berstatus BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) kepada untuk pengguna. Kepentingan dalam menjaga kebersihan kemudahan sanitari bukan sahaja untuk keselesaan dan keselamatan pengguna tetapi juga sebagai satu langkah pencegahan penularan wabak penyakit berjangkit yang boleh juga berpunca daripada tandas yang tidak bersih.

MPKK telah memilih Tandas Awam Stesen Bas Kulim bagi penyertaan kempen Tandas Awam Bersih 2024 dan berharap masyarakat dan komuniti Kulim dapat bersama – sama membudayakan amalan penjagaan serta penggunaan tandas yang betul demi menjaga kebersihan dan keceriaan tandas awam yang disediakan di dalam kawasan persekitaran kita.

Skip to content