Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Kemerdekaan di kalangan penduduk dan pelajar sekolah di dalam daerah Kulim di samping ia juga dapat menggalakkan penggunaan bahan terpakai dalam menghias kawasan sekitar.
Penyertaan dibuka kepada 2 kategori :

𝟭) 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸
(𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺)
𝟮) 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵
(𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺)

Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Kemerdekaan bermula : 𝟬𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟯𝟬 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟰

Hiasan untuk taman-taman perumahan dan kawasan-kawasan sekolah haruslah bertemakan Kemerdekaan bertepatan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema “𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 : 𝑱𝑰𝑾𝑨 𝑴𝑬𝑹𝑫𝑬𝑲𝑨”

𝗞𝗿𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻 :

1) 𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢

  • Keunikan reka bentuk melalui idea-idea baharu dan asli melalui imaginasi dan inovasi dengan menggunakan bahan kitar semula dalam menampilkan tema Kemerdekaan dengan cara yang luar biasa

𝟐) 𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧

  • Kreativiti yang menarik perhatian dan memukau melalui kesan visual, keseragaman, keharmonian, reka bentuk yang indah, kombinasi warna, tekstur serta susunan elemen-elemen yang digunakan dalam menghasilkan hiasan

𝟑) 𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡

  • Menyampaikan mesej serta kesedaran erti Kemerdekaan dengan memaparkan sejarah Kemerdekaan dan semangat patriotism serta penglibatan dan kerjasama di antara satu sama lain

𝟒) 𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐢𝐚𝐚𝐧

  • Mewujudkan suasana gembira dan meriah melalui kesan pencahayaan dan bunyi serta aktiviti atau kegiatan yang mengambarkan Hari Kemerdekaan

Imbas QR kod untuk maklumat lanjut.
Pautan : https://docs.google.com/…/1FAIpQLSf4lSSoa08k42…/viewform


Skip to content