22 Julai 2024, Isnin – Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (J/K OSC) Majlis Perbandaran Kulim Bil.14 Tahun 2024 telah diadakan di The Light Hotel, Seberang Jaya, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim dan turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim (merangkap Timbalan Pengerusi JK OSC), pegawai-pegawai Jabatan Teknikal Luaran dan Jabatan Teknikal Dalaman MPKK serta empat (4) orang ahli majlis.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat MPKK Bil. 14 Tahun 2024 ini telah mempertimbangkan 13 pelan permohonan pemajuan baharu iaitu 4 Pelan Kebenaran Merancang, 2 Pelan Kerja Tanah, 3 Pelan Jalan dan Parit serta 4 Pelan Bangunan.

Di samping itu, terdapat 1 kertas perakuan untuk pertimbangan kali kedua bagi Pelan Kebenaran Merancang serta kertas pemakluman bagi permohonan yang telah diluluskan secara pentadbiran.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content