MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (JPPBT) BIL. 2/2024 ZON UTARA

5-6 Jun 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) bilangan 2/2024 Bagi Zon Utara yang berlangsung pada 5 & 6 haribulan Jun 2024.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada 30 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari negeri Kedah, Perak, Perlis & Pulau Pinang yang bersidang selama 2 hari di Dewan Mesyuarat UTC Kedah, Alor Setar.
 
Selain bertujuan membuka ruang dan peluang kepada semua ahli mesyuarat untuk berbincang, mesyuarat ini juga turut membentangkan isu-isu dan cadangan polisi atau inisiatif baharu untuk penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Skip to content