PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN PEMBASMIAN WABAK DENGGI DI ZON 1 (KUALA KEDAH)
31 Mei 2024, Kuala Kedah – Program gotong-royong kawasan Zon 1 Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Kuala Kedah. Progam ini diadakan melalui Ahli Majlis merangkap Pegawai Kawasan Zon 1, Encik Azizi bin Abdullah dan dibantu oleh Penolong Pegawai Kawasan Zon 1, Encik Azhan bin Ramli serta Penyelaras Operasi Gotong-Royong, Encik Mohd Khairul Nidzam Bin Mohd Tajudin, Bahagian Perkhidmatan Bandar, MBAS.
Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan, Balai Polis Kuala Kedah, Klinik Kesihatan Kuala Kedah, FAMA, JKR Daerah Kota Setar, Pejabat Kesihatan Daerah, Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Masjid Putra Pekan Kuala Kedah, E-Idaman, Penghulu Mukim, MKK, Pasukan Bomba Sukarela Kuala Kedah dan penduduk.
Yang Berhormat Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi, Ahli Parlimen Kuala Kedah telah merasmikan program ini. Lokasi gotong-royong melibatkan pembersihan longkang sepanjang jalan utama Kuala Kedah bermula dari Masjid Tunku Abdul Rahman Putra sehingga Masjid Putra Pekan Kuala Kedah melibatkan lebih kurang 1.3 KM kiri dan kanan jalan bertujuan untuk memastikan aliran air longkang yang lebih baik.
Pembasmian wabak denggi dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan kerjasama MBAS di Kampung Padang, Kuala Kedah sebagai langkah pencegahan denggi di kawasan tersebut.
Kehadiran seramai kurang lebih 200 orang telah menjayakan program ini. Terima kasih kepada pihak yang telah memberi sumbangan dan semua yang telah menyertai program ini. Semoga usaha untuk mengindahkan dan meminimumkan banjir kilat di Bandaraya Alor Setar khususnya Bandar Kuala Kedah ini.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'