SESI LIBAT URUS KAWASAN ZON1 (KUALA KEDAH) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BERSAMA KOMUNITI DAN MASYARAKAT

23 Mei 2024, Kuala Kedah – Sesi libat urus bersama komuniti Zon 1, Kuala Kedah yang telah diadakan di Restoran Nelayan, Kuala Kedah. Sesi libat urus ini telah diadakan melalui Ahli Majlis merangkap Pegawai Kawasan Zon 1, Encik Azizi bin Abdullah di bantu oleh Penolong Pegawai Kawasan Zon 1, Encik Azhan bin Ramli. Ianya juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhurazi, Ahli Parlimen Kuala Kedah.
 
Tujuan sesi libat urus ini ialah sesi perjumpaan dan perundingan dengan kumpulan sasar bagi mengenalpasti isu dan masalah komuniti setempat bagi penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
Kira-kira 100 orang komuniti dari Zon 1, Kuala Kedah yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi KRT, imam masjid, penghulu, peniaga dan penduduk-penduduk dalam sesi libat urus tersebut. Beberapa isu telah dibangkitkan berkaitan penyelenggaraan jalan, sistem perparitan, perkhidmatan air , isu pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju, infrastruktur, keperluan dewan dan padang dan keselamatan.
 
Skip to content