Bengkel Persediaan Projek Penilaian Semula Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Alor Setar
3 Julai 2024, Bengkel Persediaan Projek Penilaian Semula Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Alor Setar telah dilaksanakan oleh Bhg Penilaian. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Penilaian, Pn Mardziah Binti Khalib; Ketua Bahagian Undang-Undang, YBrs Dr Elina Binti Mohd dan pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat, En Azani Hafizi Bin Abd Rahim. Bengkel ini menggabungkan sesi pemahaman isu-isu perundangan berkaitan cukai taksiran dan juga sesi brain storming gerak kerja projek yang bakal dilaksanakan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'










