"FIGHT THE BITE, SAVE LIVES" (CEGAH GIGITAN, SELAMATKAN NYAWA)

23 Jun 2024, Alor Setar – Kira-kira 500 pelajar dari 10 buah sekolah di sekitar Bandar Raya Alor Setar sertai program khidmat komuniti warga Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang bersama pelajar ePJJ UITM iaitu “Fight The Bite save Lives (cegah gigitan selamatkan nyawa) yang telah diadakan pagi tadi bertempat di SK Kebun Pinang, Tandop. Turut berkolaborasi bersama dalam program ini ialah Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Jabatan Pelajaran Malaysia serta E-Idaman Sdn. Bhd.. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar.
 
Objektif program ini dijalankan bagi memberi didikan dan pendedahan kepada murid-murid sekolah mengenai amalan persekitaran untuk mencegah penularan wabak denggi. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya ialah cari dan musnah, explorace, senaman zumba, pertandingan “trash to cash”, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan serta pameran dari agensi-agensi yang terlibat.
 
Hadir sama di program tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidik & Jaringan Industri Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr. Nazri Bin Che Dom; Presiden Persatuan kesihatan Enviromen Malaysia (MAEH), Encik Megat Azman Bin Megat Mokhtar; Setiausaha Kehormat Persatuan Kesihatan Enviromen Malaysia (MAEH), Ts. Encik Rudiaswady Bin Abdul Rahim; Guru Besar SK Kebun Pinang, Puan Suriawati Binti Shamat; Ketua Program Khidmat Komuniti Bersama SK Kebun Pinang, Puan Nor Shakila Bt Che Ali serta pegawai-pegawai dari agensi terlibat.
 
Skip to content