KE ARAH NEGERI KEDAH YANG LEBIH HIJAU, BERSIH DAN SEJAHTERA | PROGRAM HARI ALAM SEKITAR, KEDAH SEJAHTERA LESTARI BERSAMA PERINGKAT PARLIMEN KUALA KEDAH 2024
27 Julai 2024, Kuala Kedah – Program Hari Alam Sekitar, Kedah Sejahtera Lestari Bersama Peringkat Parlimen Kuala Kedah 2024 yang diadakan bertempat di Masjid Al-Ma’arufi, Kg. Seberang Kota, Kuala Kedah. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuff@Munir Haji Zakaria.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin; Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi; Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud; ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari, Imam Masjid Al-Ma’arufi serta ahli-ahli majlis MBAS.
MBAS melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar turut serta dalam gotong-royong perdana ‘sayangi alam sekitar’ di program tersebut yang diadakan seawal jam 8.00 pagi membersihkan kawasan di sekitar berkenaan.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga yang diadakan seperti solat subuh serta kuliah subuh, gotong-royong perdana sayangi alam sekitar, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran, gerai jualan, kaunter kitar semula, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, sukan rakyat, cabutan bertuah, solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib, malam kuala kedah berselawat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'