KEDAH BERSIH | PROGRAM GOTONG ROYONG & LIBAT URUS AHLI MAJLIS MBAS BERSAMA KOMUNITI KAWASAN ZON 2 TANDOP - GUNUNG PERAK.

29 JUN 2024 (SABTU), ALOR SETAR – Sahutan Aspirasi Kerajaan Negeri Kedah ke arah “Kedah Bersih” diteruskan melalui Program Gotong Royong & Libat Urus Ahli Majlis MBAS Bersama Komuniti Kawasan Zon 2 Tandop – Gunung Perak. Program ini diadakan melalui inisiatif Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 2, En. Osman Zakba Bin Saad dan dibantu oleh Pengarah Jabatan Kewangan MBAS merangkap Penolong Pegawai Kawasan Zon 2, En. Mohamad Najib Bin Mohd Salleh serta Pengerusi MKK Tandop, Puan Sharifah Fairuz dan Ahli Majlis MBAS, Puan Noor Azra Binti Md Saleh.
Gotong Royong tersebut tertumpu kepada pembersihan disekitar Jalan sepanjang Terusan Wan Mat Saman berhampiran Rumah Kedai Taman Gunung Hijau dan pembersihan saluran parit yang tersumbat di Kawasan Taman Gunung Hijau Tandop. Turut disediakan Perkhidmatan Kaunter Bergerak MBAS bagi pembayaran Bil Cukai Taksiran, Lesen, Kompaun dan sewaan.
Program tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat yang bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang paling bersih di Malaysia. Selain Majlis Bandaraya Alor Setar, program tersebut juga telah mendapat kerjasama daripada E-Idaman, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar serta Komuniti penduduk setempat dan peniaga.
Penganjuran Program Gotong Royong dan Libat urus seperti ini juga sebagai menyahut Hasrat dan usaha YBhg. Datuk Bandar Alor Setar dalam memastikan setiap Zon dalam Kawasan Alor Setar dan Pokok Sena sentiasa bersih dan menjaga kesejahteraan penduduk sebagai salah satu usaha ke arah Bandaraya Berdayahuni 2035.
Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk dijaga dan menyeru agar penduduk Alor Setar untuk bersama menjaga kebersihan bandar ini dan menghindari bandar ini dari pencemaran sampah sarap serta bahan buangan.
 
Skip to content