KUNJUNGAN MAHABBAH AHLI PARLIMEN KUALA KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
20 Jun 2024, Alor Setar – Kunjungan Mahabbah Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi ke atas Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud yang telah diadakan bertempat di pejabat Datuk Bandar, Ibu Pejabat MBAS sebentar tadi.
Kunjungan mahabbah tersebut diadakan bertujuan bagi membincangkan berkenaan perancangan dalam memajukan dan kawasan Kuala Kedah serta beberapa lagi isu yang berkaitan. Sesi pembentangan dari pihak MBAS telah diberikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS, En. Abdul Ghani bin Othman.
Turut hadir ialah ADUN Anak Bukit, YB Rashidi bin Razak; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh; Ketua Bahagian Rancangan Pembangunan, Puan Hasmahanum bt Hamzah; Peg. Khas Ahli Parlimen Kuala Kedah serta Ahli-Ahli Majlis MBAS.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'










