KURSUS MESRA MALAYSIA SEMPENA MAI SINGGAH ALOR SETAR 2024
19 Jun 2024, Alor Setar – Sekitar majlis penutup Kursus Mesra Malaysia sempena “Mai Singgah Alor Setar 2024” yang telah diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Mohd Salleh bin Saidin diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud dan Penolong Pengarah MOTAC Kedah, Pn. Syarifah Nattassyya Aidid.
Kursus hasil inisiatif bersama MOTAC Negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ini diadakan bertujuan untuk memberikan latihan secara komprehensif kepada barisan hadapan (frontliner) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri pelancongan sempena “Mai Singgah Alor Setar 2024” dan ianya juga sejajar dengan persiapan Kerajaan Negeri Kedah untuk menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'









