MAJLIS PELANCARAN ISUZU 14TH CYCLE FOR HEALTH "MAI SINGGAH ALOR SETAR 2024"
03 Julai 2024, Alor Setar – Majlis Pelancaran Isuzu 14th Cycle For Health sempena “Mai Singgah Alor Setar 2024” yang telah berlangsung petang tadi bertempat di pejabat Isuzu Indah Utara Alor Setar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud.
Acara Isuzu 14th Cycle For Health ini akan diadakan pada Hari Malaysia ke-61 iaitu 16 September 2024 dan dijangka menghimpunkan lebih 1000 peserta kayuhan dari pelbagai latar belakang. Kayuhan ini melibatkan laluan sejauh 75 kilometer(km) bermula dari pejabat Isuzu Indah Utara Alor Setar dan akan merentasi laluan di sekitar Bandar Raya Alor Setar dan Pokok Sena.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Indah Utara Auto Sdn Bhd, En. Poh Seng Hooi; Ahli Majlis MBAS, Dato’ Ch’ng Boon Chye; Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS, En. Bohari bin Md Yusof; Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, En. Azhan bin Ramli; Ketua-Ketua Bahagian MBAS; President LM Bikers, Mr Poh Cheng Hai, wakil MBAS Cycling team serta kakitangan terlibat.
Penyertaan Isuzu 14th Cycle For Health “Mai Singgah Alor Setar 2024” masih dibuka sehingga 25 Ogos 2024.
Untuk pendaftaran secara walk-in boleh dibuat di lokasi berikut :
❶ ISUZU – Jalan Gangsa, Alor Setar
Google Map: https://goo.gl/maps/5FaTKVfivMS2USCo6
❷ BHP Pokok Sena
Google Map: https://maps.app.goo.gl/qDbZwZ7pEjVVeEkQA
❸Huat Motor – 255C, Jalan Putra, Bandar Alor Setar
Google Map: https://maps.app.goo.gl/5aJ5afKPD3qLLKBD9
Pendaftaran secara atas talian sila layari ke pautan berikut :
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi :
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'










