MAJLIS PENUTUP INTERNATIONAL CONFERENCE "ALOR SETAR LIVEABLE CITY 2024"

24 Julai 2024, Rabu – Majlis Penutup International Conference “Alor Setar Liveable City 2024” yang telah berlangsung bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor diiringi Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria; Ahli Parlimen Alor Setar, YB Afnan Hamimi Taib Bin Azamudden serta Tuan Setiausaha MBAS, En, Nasrankamil Noh.
International Conference “Alor Setar Liveable City 2024” telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari pada 23-24 Julai 2024 dengan melibatkan lebih 300 penyertaan dari dalam dan luar negara.
 
Skip to content