PROGRAM HIMPUNAN KOMUNITI, LIBAT URUS DAN GOTONG ROYONG ZON 5, PEREMBA, MBAS.
15 JUN 2024, (SABTU) – Program Himpunan Komuniti, Libat Urus dan Gotong Royong Zon 5, Peremba telah diadakan bertempat di Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah. Program ini diadakan melalui inisiatif Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai kawasan Zon 5, En. Abdul Basir Bin Ahmad dan dibantu oleh Penolong Pegawai Kawasan Zon 5, En. Ahmad Sujairi Bin Md Hassan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud. Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi. Program tersebut juga telah mendapat kerjasama daripada MBAS, SWCorp, E-Idaman, Pengerusi dan Setiausaha MKK Kawasan Peremba & Telok Cengai, KRT Taman Seri Abadi, AJK Surau Taman Seri Abadi serta komuniti setempat.
Program tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat Taman Seri Abadi yang bekerjasama dalam merialisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang paling bersih di Malaysia. Turut diadakan acara selingan iaitu aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, aktiviti rewang memasak serta acara cabutan bertuah.
YBhg. Datuk Bandar Alor Setar sempat meluangkan masa meninjau masalah sistem perparitan tersumbat di kawasan perumahan tersebut sehingga menyebabkan air bertakung dan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk AEDES.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'