PROGRAM VOLUNTOURISM @HOMESTAY PANTAI JAMAI

22 Jun 2024 (Sabtu) – Program Voluntourism @Homestay Pantai Jamai anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Voluntourism dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) yang telah diadakan bertempat di Homestay Pantai Jamai, Alor Setar. Program tersebut telah dirasmikan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Mohd Salleh bin Saidin diiringi Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar.
Pelbagai aktiviti menarik seperti berbasikal santai dan pelbagai juga permainan tradisional seperti tarik tali, tarik upih, boling kelapa, fish pond, sepak raga ratus, teng teng, batu seremban, congkak dan tuju tin. Selain itu juga turut diadakan demonstrasi masakan tradisional, pertunjukan silat, pemeriksaan kesihatan secara percuma serta menicure dan pedicure.
Program ini diadakan sempena “Mai Singgah Alor Setar 2024” yang merupakan inisiatif bagi mempromosikan sektor pelancongan negeri Kedah untuk lebih
“vibrant” khususnya di tanah besar demi memperkenalkan keunikan Bandar Raya Alor Setar sebagai bandaraya bersejarah sebagai langkah persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Kedah 2025.
Program Voluntourism di Homestay Pantai Jamai telah berjaya menarik penyertaan ramai pelajar tempatan dan antarabangsa. Pengisian program ini bukan sahaja sarat dengan aktiviti mengkhazanahkan budaya tradisional kita tetapi juga ke arah kelestarian alam sekitar melalui penanaman pokok yang bertemakan “green tourism”.
Hadir sama di program tersebut ialah Penolong Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah (MOTAC), Puan Syarifah Nattassyya Aidid; Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Kota Setar, En. Rahmat Asyraf Bin Dato’ Haji Bukhari; Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar, En. Jusrianuar Bin Jamarudin; Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara UUM, Profesor Madya Dr. Johan Affendi Ibrahim; Pengerusi Puspanita MBAS, YBhg. Datin Hajah Suriyati binti Sabar; Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, En. Bohari Bin Md Yusof serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content