PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA & MEGA PERANGI DENGGI TAHUN 2024

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor telah hadir merasmikan PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA & MEGA PERANGI DENGGI TAHUN 2024 bertempat di Padang Awam ( Bersebelahan dengan SK Taman Ria ). Program tersebut sepenuhnya dikendalikan oleh MPSPK .

Di dalam Program tersebut diadakan pelancaran tema Bersih, Indah Dan Ceria Sungai Petani Ku ( B.I.C ).

Program Gotong-Royong kali ini adalah sangat menarik kerana penglibatan pelbagai lapisan masyarakat iaitu agensi-agensi persekutuan, negeri dan daerah, pemain-pemain industri, agensi-agensi swasta dan NGO, pejabat DUN dan Parlimen serta penduduk Taman Ria. Seramai 760 orang peserta yang telah hadir melangkaui jangkaan yang telah ditetapkan oleh MPSPK. Ini menunjukkan bahawa warga Sungai Petani memberikan kerjasama yang terbaik untuk ke arah BIC (Bersih, Indah, Ceria Sungai Petani KU).

Usaha yang tidak terhenti daripada MPSPK apabila ia melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk turut serta membuka pameran-pameran bagi mendedahkan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan dan penerangan yang serba ringkas daripada agensi-agensi tersebut. Sebanyak 7 buah agensi yang terlibat iaitu Askar Wataniah, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, MPSPK, SwCorp, Environment Idaman, Angkatan Pertahanan Awam dan Telekom Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan adanya gotong royong ini secara berterusan, kes denggi di Daerah Kuala Muda menurun dan tiada lagi Aedes. Tahniah Penduduk Sungai Petani !!

Sumber photo dari : @Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Skip to content