SESI TEMUDUGA JAWATAN KOSONG MPSPK

Sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L29), Penolong Jurutera (Gred JA29), Pembantu Kemahiran (Gred H19), Pemandu Kenderaan (Gred H1) dan Pembantu Awam (Gred H11) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat 2 MPSPK.

Antara panel temuduga yang terlibat Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK. Pengarah Jabatan Kejuruteraan Mohd Zahir bin Salleh dan Ketua Bahagian Undang-Undang Puan Nurul Shashabilla binti Ahmad Sukri. Turut hadir Encik Mohamad Azmi Bin Yaacob Jurutera Daerah Kuala Muda dan Encik Abdul Manaf Bin Majid dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kedah.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang hadir.

Skip to content